|
Cairan colourless |
|
Getah putih |
|
Getah kuning |
|
Getah hitam |
|
Cairan merah |
Biasanya kita tahu bahawa jenis getah/cairan batang pokok adalah bewarna putih tetapi sebenarnya ada beberapa jenis lagi cairan seperti merah, hitam, kuning, dan colourless lagi. Dengan getah dan cairan ini jugalah dapat membantu kita dalam mengenali famili pokok tersebut contoh seperti pokok rengas (Gluta) yang bergetah hitam adalah dari family Anacardiaceae dan getah putih dari famili Moraceae, Apocynaceae, Guttiferae (bintangor), dan sapotaceae. Lain pula untuk kaum damar (Dipterocarpaceae) yang hanya mempunyai damar pada batang pokok.
Selain dari pengecaman sesuatu pokok itu berdasarkan daun, boleh juga digunakan pengecaman daripada getah dan cairan yang keluar pada pokok tersebut. Namun , kena ambil perhatian juga mengenai getah pokok !! Ada sesetengah getah dan cairan ini boleh di sentuh dan ada juga yang tidak boleh di sentuh. Antara getah yang beracun adalah getah pokok Rengas iaitu getah bewarna hitam.
..Sekiranya anda was-was berkaitan getah hitam ini maka seeloknya janganlah sentuh..
Antara jenis getah / cairan dan spesis pokok:
1.Getah Putih :
- Apocynaceae – Pulai , jelutong- Moraceae – Terap , keledang- Sapotaceae – Nyatoh- Burseraceae – kedondong - Olacaceae – Petaling
2 Getah keruh
- Anacardiaceae – kundang , pelong
3
. Getah hitam- Anacardiaceae – Rengas
4
. Cairan merah - Myristicaceae – Penarahan - Euphorbiaceae – Macaranga (mahang) - Leguminosae – Keranji, tulang daing
5
. Cairan Kuning
- Guttiferae – Kandis , Bintangor
6
. Cairan merah ( Sticky )
- Theaceae – Gordonia ( samak pulut )
7
. Cairan coklat
- Hyperiacaceae – Cratoxylum ( Geronggang )