Kata Pujangga

Kita bertugas hendaklah secara jujur dan ikhlas , jangan mengharapkan balasan ketika melakukan tugasan tetapi anggaplah ia satu tugasan yang telah tercatat dalam tulisan karangan kehidupan kita.

Monday, 17 November 2014

Lukisan adalah antara cara penyimpanan maklumat

Intisa palembanica - merbau

Selain kaedah belajar di lapangan, dengan melukis juga dapat digunakan dalam menyimpan maklumat sesuatu spesis pokok. Ia ada baik dan buruknya tetapi dalam menyimpan ilmu seperti ini seharusnya ia juga sesuai untuk digunakan. Pelbagai kaedah seperti herbarium, spesimen, pameran juga boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan spesis pokok.

Namun bagi kaedah lukisan ini, hanya yang mahir  dalam melukis sahaja mampu memberi gambaran yang jelas berkaitan tentang spesis pokok tersebut. Ia memberi maklumat berkaitan bentuk daun, urat, tangkai dan buah sesuatu spesis pokok.

Ciri - ciri pokok hutan (Identify tree)


Antara ciri-ciri yang dapat dikenal pasti pada pokok tersebut. Sekadar untuk perkongsian.

Sunday, 16 November 2014

Kenali Gelang tahunan (growth ring), kayu gubal (sap wood) dan kayu teras (heart wood)

 Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kayu gubal ? Dan apa yang dimaksud kayu teras ? Serta apa yang dimaksud lingkaran tahun (Growth ring) ? Istilah-istilah tersebut  sering kali kita dengar ketika kita membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kayu, khususnya kayu yang masih berupa  log. Secara ringkasnya, pengertian tentang kayu gubal, kayu teras dan gelang tahun adalah sebagai berikut:
  • Kayu gubal adalah bagian tepi atau pinggir dari kayu.
  • Kayu teras adalah bagian tengah atau inti kayu.
  • Gelang tahunan adalah pertanda yang menandakan umur dari sebuah pokok  kerana gelang tahunan pada dasarnya memang hanya boleh dilihat apabila pokok sudah ditebang .

Mungkin bagi sebahagian orang yang masih baru dibidang ini, istilah kayu gubal, kayu teras, dan gelang tahunan pasti terdengar cukup asing. Untuk itu, berikut ini adalah penjelasan mengenai isitlah-istilah tersebut yang dapat membantu anda untuk lebih memahaminya.

Dimulai dari Gelang tahunan : Terbentuknya gelang tahunan pada sebuah batang pokok dimulai pada saat pokok pertama kali tumbuh hingga ditebang atau mati. Lingkaran tahun ini terbentuk hanya satu kali untuk setiap tahunnya dan jumlahnya akan terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya selama pokok itu membesar. Semakin tua usia sebuah pokok maka semakin banyak jumlah lingkaran tahunnya. Contoh, pada sebuah kayu SURIAN, jika jumlah lgelang tahunan yang anda hitung berjumlah 15 berarti kayu tersebut berasal dari sebuah pokok yang telah hidup selama 15 tahun. Itu sebabnya umur sebuah pokok boleh diketahui melalui jumlah gelang tahunan yang ada pada batangnya. Bagaimanakah bentuk lingkaran tahun itu? Sesuai namanya, gelang tahunan berbentuk sebuah lingkaran tetapi bukan berarti berbentuk lingkaran yang 100% sempurna, biasanya, bentuk gelangnya mengikuti bentuk lingkaran pada bentuk batang pokok itu sendiri. 

Yang kedua, kayu gubal atau gubal kayu: yang dimaksud kayu gubal bukanlah nama untuk jenis kayu atau spesies pokok, tetapi yang dinamakan kayu gubal adalah bahagian luar atau tepi pada sebuah kayu termasuk semua jenis kayu yang baik itu kayu jati,mahonikayu eboni dll. Umumnya, gubal kayu berwarna terang atau putih, lebih terang dari pada kayu teras.

Ketiga, kayu teras : yang dinamakan kayu teras adalah bagian tengah atau inti dari sebuah kayu. Umumnya bahagian ini berwarna lebih gelap dibandingkan dengan kayu gubal. Jadi pada sebuah kayu, antara kayu gubal dan kayu teras terlihat secara jelas seperti ada batas yang memisahkannya. Tetapi ada jenis-jenis kayu tertentu serti contoh kayu sengon, yang antara kayu teras dan kayu gubalnya memiliki warna yang hampir sama sehingga batas antara keduanya terlihat samar atau terlihat kurang jelas.

Kesan gelang tahunan sekiranya terkena sesuatu kesan pada sifat fizikalnya

Saturday, 15 November 2014

Jenis cairan pada batang pokok


Cairan colourless
Getah putih







                          
Getah kuning
Getah hitam
Cairan merah


Biasanya kita tahu bahawa jenis getah/cairan batang pokok adalah bewarna putih tetapi sebenarnya ada beberapa jenis lagi cairan seperti merah, hitam, kuning, dan colourless lagi. Dengan getah dan cairan ini jugalah dapat membantu kita dalam mengenali famili pokok tersebut contoh seperti pokok rengas (Gluta) yang bergetah hitam adalah dari family Anacardiaceae dan getah putih dari famili Moraceae, Apocynaceae, Guttiferae (bintangor), dan sapotaceae. Lain pula untuk kaum damar (Dipterocarpaceae) yang hanya mempunyai damar pada batang pokok. 

 Selain dari pengecaman sesuatu pokok itu berdasarkan daun, boleh juga digunakan pengecaman daripada getah dan cairan yang keluar pada pokok tersebut. Namun , kena ambil perhatian juga mengenai getah pokok !! Ada sesetengah getah dan cairan ini boleh di sentuh dan ada juga yang tidak boleh di sentuh. Antara getah yang beracun adalah getah pokok Rengas iaitu getah bewarna hitam. 
..Sekiranya anda was-was berkaitan getah hitam ini maka seeloknya janganlah sentuh..


Antara jenis getah / cairan dan spesis pokok:

1.Getah Putih :
- Apocynaceae – Pulai , jelutong- Moraceae – Terap , keledang- Sapotaceae – Nyatoh- Burseraceae – kedondong Olacaceae – Petaling

2  Getah keruh

         - Anacardiaceaekundang , pelong

 3 . Getah hitam- Anacardiaceae – Rengas
 4 . Cairan merah - Myristicaceae – Penarahan - Euphorbiaceae – Macaranga (mahang) - Leguminosae – Keranji, tulang daing

  5 . Cairan Kuning
          - Guttiferae – Kandis , Bintangor

  6 . Cairan merah ( Sticky )
          - Theaceae – Gordonia ( samak pulut )

  7 . Cairan coklat
           - Hyperiacaceae – Cratoxylum ( Geronggang )

  

Dipterocarpaceae lambang hutan Tropika


Dipterocarpaceae ialah sebuah famili yang terdiri daripada 17 genus dan dekat sekurang-kurangnya 
580-680 spesis. Spesies-spesies itu terutamanya terdiri daripada pokok-pokok hutan hujan tanah 
rendah tropika yang menghasilkan buah-buah dua sayap. Genus-genus yang terbesar ialah:
1) Shorea ( meranti, balau, damar) (360 spesies)
2) Hopea (merawan,giam) (105 spesies)
3) Dipterocarpus (keruing) (70 spesies) 
4) Vatica (resak) (60 spesies)
Kebanyakan daripada spesies dalam famili Dipterocarpaceae adalah besar, dan tingginya biasa mencapai 40-70 meter. Spesies-spesies dalam famili ini adalah amat penting dalam perdagangan kayu balak. Taburannya di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika selatan ke Afrika , Seychelles ,India,Indochina dan Malaysia, dengan kepelbagaian dan jumlah yang terbesar di Malaysia . Kini, sebilangan spesies itu terancam disebabkan penebangan yang keterlaluan dan pembalakan haram yang meluas. Pokok-pokok Dipterocarpaceae membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang berbau wangi dan resin (damar).
Pokok daripada family Dipterocarpaceae biasa ditemui di  hutan dara. Dengan kepelbagaian spesis daripada famili ini, maka bertambahlah jenis pokok yang ada di Malaysia.